Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Amalan EKSA merupakan satu
alat pengurusan persekitaran berkualiti bagi meningkatkan produktiviti, inovasi
dan kreativiti serta daya saing sesebuah organisasi. Amalan EKSA merupakan
teknik yang berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara sedikit demi
sedikit tetapi berterusan atau dikenali sebagai KAIZEN dalam bahasa Jepun. Bagi
menjayakannya penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua
peringkat anggota dalam organisasi. EKSA adalah satu
akronim yang lahir daripada lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso,
Seiketsu dan Shitsuke. Kelima-lima perkataan ini merupakan langkah utama dalam
menjalankan aktiviti EKSA.
Objektif EKSA
• Mewujudkan suasana kerja yang ceria, kondusif, teratur, selamat dan harmonis.
• Meningkatkan semangat kerja berpasukan ke arah pencapaian yang lebih cemerlang.
• Melahirkan warga institusi yang produktif, kreatif dan inovatif
• Membudayakan persekitaran kerja berpasukan secara holistik.
• Memaksimumkan penggunaan sumber dan mengelakkan pembaziran.